Skip to main content

Badminton

Masters China: Arif Junaidi-Yap Roy King singkir wakil tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

roy-king.jpg
Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, bangkit menewaskan lawan dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi, dalam aksi rubber set 21-17,18-21,21-16, dalam pusingan pertama Masters China 2024 di Gimnasium Shenzen, sebentar tadi.

Kedua-dua pasangan beregu memberikan aksi yang seimbang dalam set pertama selepas saling berkejaran mata namun beberapa kesilapan saat akhir mamastikan kelebihan buat wakil negara untuk menang 21-17.

Namun, lawan tuan rumah kembali bangkit dengan aksi yang lebih agresif untuk mengheret wakil negara ke set penentuan dengan kemenangan 18-21.


 


Wakil negara di kedudukan ke-23 dunia itu kembali mendapatkan momentum dalam set penentuan walaupun menerima saingan sengit daripada pasukan lawan.

Bagitupun, selepas terikat 12-12, Arif Junaidi-Yap Roy King memperkemaskan aksi dengan kurang melakukan kesilapan mudah sekali gus mencapai 'match point' terlebih dahulu untuk menang 21-16 dalam perlawanan yang berdurasi 1 jam 20 minit itu.

Advertisement

Must Watch Video