Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membuktikan betapa mereka masih taruhan terbaik negara apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters China dengan menumbangkan gandingan Indonesa, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, di Shenzen Arena sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kedua, gandingan juara dunia 2022 itu diberikan tentangan sengit tetapi kekal tenang merencanakan gerakan sebelum mencatatkan kemenangan 21-19 dalam set pertama.
Mereka juga menguasai aksi pada awal set kedua tetapi dihambat lawan menuju ke penghujung saingan dan mujur berhasil meraih tiga mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.
Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah gandingan pilihan kelapan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.