Skip to main content

Badminton

Masters China: Aaron-Wooi Yik bergelut tebus maruah atasi anak didik Tan Kian Meng

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bergelut sebelum menewaskan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China di Shenzen Arena sebentar tadi.

Aaron dan Wooi Yik tewas secara set langsung kepada lawan itu, yang merupakan anak didik bekas pemain negara, Tan Kian Meng, dalam pusingan pertama Terbuka Hong Kong minggu lalu.

Dan mereka sekali lagi terperangkap dengan percaturan lawan berkenaan untuk tewas 14-21 dalam set pertama.

Gandingan negara itu mendahului sepanjang set kedua tetapi kerap dihambat lawan dan sebaik mendahului di kedudukan 16-15, mereka meraih lima mata berturut-turut untuk mengheret permainan ke set ketiga dengan kemenangan 21-15.

Cabaran kian getir dalam set penentuan, di mana beregu negara itu mempersiakan kelebihan yang diperoleh untuk diikat lawan menuju ke penghujung set berkenaan, yang berlarutan sehingga melewati angka 21.

Bagaimanapun, selepas lawan mengikat kedudukan 23-23, Aaron dan Wooi Yilk berhasil mendapatkan dua mata berturut-turut untuk layak ke suku akhir selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan 12 minit.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara satu lagi beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, bagi penentuan ke separuh akhir esok.


 

Advertisement

Must Watch Video