Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hanya memerlukan 36 minit untuk menjamin tiket ke suku akhir kejohanan bertaraf super 750, Masters China, di Shenzhen sebentar tadi.
Rakan senegara di bahagian profesional, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, sukar untuk mengimbangi permainan beregu kelima dunia itu sebelum menyerah 21-13, 21-19.
Kemnenangan ini memberi mereka ruang untuk mengadakan persiapan lebih rapi menjelang pertemuan dengan beregu tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, selaku pilihan ketiga esok.
Shaiful Shamsudin
Thu Nov 21 2024