Skip to main content

Badminton

Master Indonesia: Aaron -Wooi Yik ketuai kontinjen negara ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

master-indonesia.jpg
Tumpuan utama negara dalam menerusi Kejohanan Master Indonesia 2021 menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tiada masalah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pilihan kelima kejohanan itu seakan mengulangi pertemuan Kumpulan D, Piala Sudirman, apabila berdepan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy, tetapi kali ini dipaksa berhempas pulas untuk menang 21-11, 15-21, 21-8 dalam tempoh 47 minit.

Menanti mereka dalam pusingan 16 merupakan pasangan muda tuan rumah, Bryan Sidney Elohim-Panjer Aji Siloka Dadiara.

"Kami tidak dilanda tekanan dalam perlawanan tadi cuma kurang sabar dalam set kedua, banyak melakukan kesilapan sendiri. 

"Tapi kami bangkit dalam set ketiga, lagipun bulu tangkis di sini melayang agak perlahan berbanding biasa. 

"Jadi kami perlu lebih bersabar," kata Aaron di Nadi Arena.  

Keputusan lain: 

Beregu wanita 
Pearly Tan-M Thinaah mng Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-15, 22-20

Perseorangan lelaki 
Prannoy H.S. kk Liew Daren 22-20, 21-19

Beregu campuran 
Goh Soon Huat-Shevon Lai mng Mark Lamfuss-Isabel Lohau 21-12, 21-15




 

Advertisement

Must Watch Video