Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, terpaksa akur tewas kepada wakil Indonesia, Alwi Arhan, dalam perlawanan akhir Terbuka Macau 2025 di gelanggang Macao East Asian Games Dome, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan momentum permainan kedua-dua pemain sedikit terjejas susulan masalah kebocoran bumbung hingga menganggu momentum permainan dengan air membasahi gelanggang.
Beberapa kesilapan mudah yang dilakukan wakil negara dalam pertengahan permainan memberikan kelebihan buat pilihan kelima daripada Indonesia itu untuk menamatkan permainan dengan kemenangan 15-21 dalam tempoh 28 minit.
Wakil negara berusia 21 tahun itu terus bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya dalam set kedua apabila ketinggalan 1-13, meskipun Justin cuba bangkit namun dia terpaksa akur terlepas gelaran pertama selepas tewas 21-5 dalam kejohanan yang berstatus Super 300 itu.