Man Wei Chong-Tee Kai Wun punyai corak permainan unik -- Koo Kien Keat

Azreena Faizal
Jun 10, 2024 14:19 MYT
Pasangan beregu negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun, berjaya menamatkan saingan Terbuka Indonesia dengan merangkul gelaran naib juara semalam.
Koo Kien Keat menyifatkan corak permainan yang ditampilkan oleh pasangan beregu ini sebagai unik dan berbeza daripada pasangan beregu lain seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Izzuddin-Goh Sze Fei.
Menurut Koo Kien Keat, perbezaan ini membantu kejayaan mereka sehingga mara ke pusingan akhir Terbuka Indonesia.

Koo Kien Keat sifatkan Man Wei Chong- Tee Kai Wun punyai attacking play unik berbanding Aaron- Wooi Yik, membantu kejayaan mara sehingga final Terbuka Indonesia. @ASTROARENA pic.twitter.com/oEqOoMFQks

— Faizal Bazari (@faizalbazario) June 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semestinya saya tengok Man Wei Chong- Tee Kai Wun bermain dengan bagus, gaya yang mereka pamerkan sedikit berbeza daripada Aaron Chia, Izzuddin, dan Sze Fei. Secara keseluruhannya, mereka akan menjadi satu pasangan yang akan bertaraf dunia," katanya.
Kejayaan ini menunjukkan potensi besar yang dimiliki oleh Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dalam arena badminton antarabangsa.
#badminton #Terbuka Indonesia