Malaysia Super 100: Letshanaa sasar ke separuh akhir

Muzaffar Musa
Oktober 8, 2024 20:19 MYT
Menjelang Kejohanan Badminton Super 100 di Stadium Juara, Bukit Kiara minggu depan, perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, meletakkan sasaran awal untuk layak ke separuh akhir.
Bagi edisi pertama kejohanan itu tahun lalu, pemain berusia 21 tahun berkenaan diletakkan dalam kelompok lapan pemain terbaik tetapi cabarannya tamat di peringkat suku akhir.
Bercakap mengenai saingan dalam edisi kali ini, Letshanaa berkata kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal: "Saya rasa berkeyakinan untuk mempamerkan prestasi terbaik dalam kejohanan ini.
"Saya mahu memberikan yang terbaik dan jika layak ke separuh akhir, saya akan berusaha untuk ke final.
"Tetapi sebelum itu, saya mahu mengekalkan momentum saya memandangkan seperti yang anda tahu, saya menyertai banyak kejohanan baru-baru ini tetapi ia masih dalam tempoh perkembangan.
"Jadi, saya hanya mahu membuktikan kepada diri saya dalam kejohanan ini dengan menunjukkan perkembangan yang baik," katanya.
#badminton #K. Letshanaa #Malaysia Super 100
;