Skip to main content

Badminton

Liu Ying setuju keputusan Tang Jie-Ee Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liu-ying.jpg
Pemenang pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying setuju dengan tindakan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk tidak beraksi pada Kejohanan Terbuka Hong Kong.

Jelasnya, gandingan negara kini perlu fokus kepada mengekalkan prestasi sedia ada dan sentiasa mempunyai variasi corak 'gameplay' ketika berdepan mana-mana kejohanan.

Ia kerana pihak lawan semestinya menganalisis kekuatan dan kelemahan mereka dan pastinya kini menjadi antara gandingan yang mahu dikalahkan.

Liu ying turut menyeru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mencari barisan pelapis berbakat rata-rata di bawah umur 18 tahun untuk memastikan jurang dengan pemain elit tidak begitu jauh. 

Tambah Liu Ying, pencarian pemain wanita juga perlu dipergiat untuk memastikan standard Malaysia kekal menjadi antara kuasa dalam badminton dunia. 
 

Advertisement

Must Watch Video