'Kecil tapak tangan, niru saya tadahkan' beregu profesional negara, Goh Liu Ying, mengalu-alukan kehadiran Shevon Lai Jemie-Goh Soon Huat dan Lai Pei Jing untuk menyertai sesi latihan mereka biarpun kemudahan tidak selengkap fasiliti di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Liu Ying tidak hanya menyifatkan mereka sebagai rakan sepelatih malah mahu saling bantu-membantu bagi menyaksikan dua wakil Malaysia layak ke Sukan Olimpik Tokyo.
"Saya telah memberitahu sebelum ini, kami memiliki masalah rakan sepelatih dan kehadiran mereka dapat membantu kami untuk meneruskan lagi persiapan," kata Liu Ying.
"Sebelum ini saya dan Chan Peng Soon perlu berlatih dengan pemain beregu lelaki dan tempo permainan yang berbeza serta program latihan yang berbeza menjejaskan keputusan akhir latihan jadi dengan kehadiran mereka dianggap sebagai situasi menang-menang."
Sementara itu, beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin, turut meluahkan keterujaan menerima kehadiran tiga pemain itu sebagai rakan sepelatih.
Yew Sin dan rakan sepasukan mahu terus memberi semangat kepada mereka supaya tidak pernah berputus asa biarpun bergerak sebagai pemain profesional.
"Perkhabaran ini agak menggemparkan selepas pulang dari Thailand. Saya berasakan kami mampu saling membantu dan perkara yang positif buat semua pemain profesional," kata Yew Sin.