Pulau Pinang dan Selangor menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila menewaskan lawan masing-masing hari ini untuk berentap dalam penentuan aksi kejuaraan pusingan akhir Liga Badminton Remaja AirAsia-BAM 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, esok.
Pulau Pinang yang diletakkan selaku pilihan utama tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran Kuala Lumpur dalam aksi separuh akhir pertama.
Mata sulung Pulau Pinang disumbangkan Low Eu Cong dalam aksi perseorangan pertama.
Meskipun menerima tentangan hebat Marcus Lau, dia berjaya memperoleh kemenangan straight set 21-12, 21-12.
Pulau Pinang makin selesa apabila beregu pertamanya, Leong Jun Kai-Tai Kok Xian, menewaskan Choong Hon Jian-Lee Ming Ze 21-15, 21-17.
Melengkapkan kemenangan Pulau Pinang ialah perseorangan keduanya, Goi Zi Chyan, dengan kemenangan 21-6, 21-18.
Lawan yang menanti Pulau Pinang dalam final adalah pilihan kedua, Selangor, yang mengatasi Johor dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Selangor bermula baik dengan memperoleh mata dalam saingan perseorangan pertama hasil kemenangan Aidil Sholeh Ali Sadikin ke atas Wee Lee Liang 21-9, 21-9.
Rentak itu diteruskan beregu pertama Selangor, Nor Firdaus Azman-Wong Zheng Wei, apabila mereka menjadikan kedudukan 2-0.
Ia hasil kemenangan 21-15, 21-15 ke atas gandingan Tew Cheng Jie-Yap Shai Kuan.
Kemaraan Selangor dimuktamadkan menerusi Muhammad Shaqeem Eiman Syahyar yang mencatat kemenangan 21-17, 21-17 ketika berdepan Low Yi Sheng bagi memastikan keputusan 3-0 buat Selangor.
"Kami berjaya mara ke final kerana mempunyai kekuatan yang seimbang baik daripada perseorangan mahupun beregu," kata pengurus Selangor, Kamarudin Ahmad.