BADMINTON
Liew Daren tinggalkan Team LZJ
Liew Daren bukan lagi akan penolong jurulatih kepada Lee Zii Jia selepas bekas pemain kebangsaan itu meletakkan jawatannya dengan Team LZJ atas sebab peribadi.
“Saya pergi dengan hati yang berat tetapi juga bersama kenangan indah kerana berkesempatan menyertai Team LZJ yang telah memberikan saya satu lagi babak bermakna dalam karier badminton saya.
“Ini pastinya bukan penamat buat saya. Saya mengenali badminton sejak kecil lagi dan mungkin ini masa yang sesuai untuk berehat sebelum saya beralih pengembaraan seterusnya,” kata Dareb di akaun media sosialnya.
Iklan
Dalam masa sama, Team LZJ menerusi akaun media sosial mereka menyatakan kesedihan atas langkah ini sambil membuka pintu untuk kembali bekerjasama pada masa akan datang.
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2018 itu merupakan salah seorang tenaga pakar dalam barisan kejurulatihan Team LZJ sebaik dia beralih ke kancah profesional, awal tahun lalu.
Selama setahun, pemain berusia 36 tahun itu memegang dua peranan iaitu sebagai penolong jurulatih selain turut menyertai siri Jelajah Dunia.
After a heart to heart discussion, Team LZJ with the heaviest of feelings agree to accept Liew Daren’s resignation from the team. We respect his decision to do so citing personal reasons. Continued:- pic.twitter.com/KrM8zH7JWt— Team LZJ (@TeamLZJ) December 29, 2023
Begitupun, dia kerap dibelenggu kecederaan sebelum Daren secara senyap-senyap bersara pada April tahun ini.
Bagi Zii Jia pula, dia akan mendapat tunjuk ajar sepenuhnya oleh ketua jurulatih, Wong Tat Meng, mulai tahun depan.
Tugasan besar pertama pemain berusia 25 tahun itu hadir dalam Terbuka Malaysia bulan depan apabila diundi bertemu Lu Guang Zu dalam pusingan pembukaan.
Must-Watch Video