Leong Jun Hao tekad balas kepercayaan BAM
Shaiful Shamsudin
November 8, 2022 18:17 MYT
November 8, 2022 18:17 MYT
Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao, berada di sasaran yang tepat untuk dinamakan pemain perseorangan kedua atau ketiga negara.
Prestasi terbarunya itu membawanya ke suku akhir Kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia dan menjuara iMasters Indonesia, bulan lalu.
"Saya gembira sebab sudah lama tidak menang, rasa lega.
"Apatah lagi selepas pulih daripada kecederaan, permainan saya tidak menentu dan boleh kalah kepada pemain di ranking bawahan.
"Jadi saya tercari-cari (kemenangan) dan kejuaraan ini dapat buktikan (kemampuan) saya.
"Kejuaraan ini membuktikan bahawa saya masih yang terbaik selepas Ng Tze Yong.
"Jadi saya perlu lebih gigih berlatih dan kejar lebih banyak (kejuaraan) lagi," katanya yang menghuni di ranking ke-73 dunia itu.
Sebelum ini, Nadi Arena melaporkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi tempoh enam bulan kepada barisan kejurulatihan perseorangan iaitu Wong Choong Hann dan Hendrawan untuk menamakan pemain perseorangan kedua dan ketiga negara.