Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Saufi Tahir
Januari 8, 2025 11:47 MYT
Januari 8, 2025 11:47 MYT
Pemain profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengambil keputusan untuk tidak menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Dia mengambil keputusan itu bagi memberikan fokus kepada pemulihan daripada kecederaan ligamen buku lali yang dialaminya ketika di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.
Official Statement on Lee Zii Jia’s January 2025 tournament participation.#DareToDream #OwnYourAttitude #BeyondTheLimit #ShuttleHard pic.twitter.com/ccQFaUS3Ud
— Team LZJ (@TeamLZJ) January 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara itu disahkan Team LZJ menerusi perkongsian di laman X semalam dengan turut menjelaskan pemain berusia 26 tahun itu sedang dipantau rapi pakar perubatan sebelum dibenarkan untuk membuat penampilan pertama tahun ini.