Salah seorang bekas pemain kebangsaan yang juga ahli panel penasihat teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Boon Heong, menyokong keputusan Lee Zii Jia untuk berehat seketika tetapi ia tidak boleh berlanjutan terlalu lama.
Ia berikutan terdapat beberapa kejohanan penting yang bakal berlangsung dalam masa terdekat termasuk Kejohanan Dunia di Denmark, Ogos depan.
"Bagus juga sebab dia kini sudah tiada keyakinan sebab keputusan yang diraihnya tahun ini tidak bagus sangat.
"Kalau ketepikan 2-3 kejohanan OK tapi Ogos depan dia perlu fokus balik sebab untuk menjadi pemain handalan, dia perlu pikul tekanan ini.
"Zaman saya dulu paling banyak pun pergi 2-3 kejohanan sahaja sebab kalau banyak sangat kejohanan pun, tahap fokus akan menurun dan beri kesan kepada fizikal, boleh mendatangkan kecederaan.
"Jadi lebih baik dia fokus tiga kejohanan berturut-turut kemudian berehat," katanya hari ini.
Boon Heong turut berkongsi pandangan mengenai calon terbaik untuk menggantikan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann, yang meletakkan jawatannya kelmarin.
"Sudah lima tahun dia di BAM, mungkin ada calon yang lebih bagus.
"Walaupun ada keputusan baik yang diraih tapi ada ruang untuk jurulatih baru membawa masuk lebih banyak kejuaraan.
"Calon paling sesuai adalah Datuk Lee Chong Wei, tidak perlu cakap lagilah.
"Saya harap dia masuk untuk tolong pasukan kebangsaan," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan BAM, Datuk Kenny Goh, tampil mengesahkan pengunduran Choong Hann.
Kenny menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima peletakan jawatan itu telah pun diterima oleh ahli jawatankuasa Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Dan peneraju badminton kebangsaan itu kini perlu masa untuk mencari pengganti yang sesuai, tidak kira jurulatih tempatan ataupun antarabangsa.
"Kami memerlukan masa dan ia bukannya mudah.
"Sama ada calonnya adalah dalam kalangan tempatan mahupun antarabangsa, saya cuma mahukan yang terbaik," katanya pula.