Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Muzaffar Musa
September 10, 2024 13:14 MYT
September 10, 2024 13:14 MYT
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, kini menduduki ranking ketiga dunia berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.
Zii Jia mengumpul 83,716 mata di belakang jaguh Denmark dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen (88,910 mata).
Perseorangan China, Shi Yu Qi, kekal sebagai pemain nombor satu dunia dengan 101,815 mata.
Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia menghuni ranking ketiga dunia adalah pada 20 Oktober 2022.