Stadium Astro logo
BADMINTON

Lee Zii Jia fokus pemulihan pergelangan kaki

article-author-avatar
Shaiful Shamsudin 24/03/2025 | 11:10 MYT
Article ribbon Lee Zii Jia fokus pemulihan pergelangan kaki
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, bakal terlepas beberapa kejohanan termasuk Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang bermula 8 April depan.
Menurut Team LZJ, pemain itu dibelenggu kecederaan pergelangan kaki kanannya yang kembali menghantuinya dalam Kejohanan Badminton Seluruh England.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan mengambil kira keadaan semasa termasuk isu yang berlarutan sejak Disember tahun lalu itu, Zii Jia akhirnya akur tentang keperluan memberikan fokus sepenuhnya untuk pemulihan.
Ketiadaannya itu akan ditampung pemain daripada kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Justin Hoh.
#badminton #Lee Zii Jia #BAC