Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Saufi Tahir
Disember 1, 2024 10:44 MYT
Disember 1, 2024 10:44 MYT
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Ogos lalu.
Dia turut mengimbau kembali cabaran yang terpaksa dihadapinya dalam membawa nama negara ke temasya paling berprestij di dunia itu.
Let's take a trip down memory lane with ?? Lee Zii Jia at #Paris2024. ?#Olympics #badminton pic.twitter.com/DHzY9k6Sje
— BWF (@bwfmedia) November 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apabila saya lihat Bang Med, dia sudah mulai menangis, tidak dapat mengawal diri saya ketika itu kerana cuma dia seorang yang rapat dengan saya sejak saya masih junior," katanya dalam satu temu bual bersama Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).
Pemain berusia 26 tahun itu akan turun bersama lima lagi wakil negara menggalas cabaran Malaysia dalam saingan World Tour Finals (WTF) 2024 di Hangzhou, China, bulan ini.
"Dan ketika saya berhenti daripada pasukan kebangsaan juga, dia sentiasa ada dan mengetahui segala yang terjadi dan apa yang telah saya lalui.
Technically it’s his fault ? his character since day one, perseverance through adversities made me a believer.I can’t even describe how proud I felt watching him during the walk after that medal match. One chapter done, More to strive for in the next.Maju Terus LZJ. https://t.co/Kva7Afi3Sc
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) November 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jadi dengan adanya dia yang mulai emosi, anda akan dapat merasai perkara itu. Jika dia tidak menangis, mungkin saya juga tidak akan menangis ketika itu.
"Memang salah dia, salah kamu Bang Med." Tambahnya dengan nada gurauan.