Ng Tze Yong turun sebagai pemain perseorangan pertama Malaysia berdepan Singapura dalam aksi suku akhir, mengantikan tempat Zii Jia, namun pemain tersebut turut mengalami masalah kecederaan dan terpaksa menarik diri dalam perlawanan hari ini.
Menerusi X, Team LZJ, mereka berkata, "Lee Zii Jia mengalami simptom masalah pernafasan semasa perlawanan menentang Chinese Taipei semalam, dan apabila keadaan semakin teruk, Zii Jia dibawa berjumpa pakar pada pagi hari ini.
“Zii Jia dinasihatkan berehat bagi mengelak gejala bertambah teruk.
"Gejala yang disebabkan oleh isu resdung yang sedia ada.
“Pasukan LZJ oleh itu membentangkan situasi kepada BAM untuk perbincangan mengenai cara terbaik untuk meneruskan perlawanan suku akhir menentang Singapura.
"Kami berterima kasih kepada BAM atas pemahaman mereka, tetapi kami berasa sangat kecewa kerana tidak dapat beraksi untuk Malaysia dan menyumbang satu mata untuk negara."
Lee Zii Jia suffered from breathing symptoms during his tie against Chinese Taipei on Thursday, and as the condition worsened, Zii Jia was brought in to see a specialist on Friday morning.
— Team LZJ (@TeamLZJ) February 16, 2024
Zii Jia was advised to rest to avoid aggravating the symptoms.