Dia -- yang terkenal dengan pukulan kencangnya yang mampu menghadirkan gerun kepada pihak lawan --- kini diberi kepercayaan untuk membimbing skuad beregu remaja Jepun.
Wan Wah turut melahirkan kepercayaan terhadap beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mampu merangkul pingat emas pertama Malaysia di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Saya rasa tidak mustahil jika mereka berdisiplin kerana umur mereka semakin meningkat. Mereka juga akan lebih berpengalaman ketika itu, jadi mereka perlu menjaga keadaan fizikal mereka serta lebih berdisiplin," ujarnya.
Lee Wan Wah yakin pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia -Soh Wooi Yik mampu rangkul emas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
— Faizal Bazari (@faizalbazario) October 19, 2024
Turut berpeluang menjadi beregu senior berkualiti, Rising Star In the Making, Aaron Tai- Kang Khai Xing.
Laporan penuh Nadi Weekend@ASTROARENA pic.twitter.com/iWFeqFAxEx
Bagaimanapun, usaha keras itu perlu dimulakan sekarang jika ingin memastikan cita-cita tersebut menjadi kenyataan.
Dia juga melihat potensi besar dimiliki gandingan muda lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing, yang baru bergelar juara remaja dunia di Nanchang, China awal minggu ini.
"Semestinya mereka mempunyai, saya yakin mereka berpotensi. Dalam tahap junior mereka berada di tahap terbaik. Mereka sentiasa bergelar juara, jadi ia adalah tentang bagaimana mereka melangkah ke peringkat senior nanti." katanya.