BADMINTON
Lebih parah, dia pilih lagu 'Apatu Apatu' - Lee Chong Wei
Bekas jaguh perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, berkongsikan kisah lucu menerusi laman Facebook miliknya sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh negara.
Dia turut mendedikasikan sambutan itu buat keluarga dan isteri tercinta selain ikon sukan wanita negara yang telah bekerja keras dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
"Saya ingin merakamkan perasaan hormat dan terima kasih yang mendalam buat semua wanita luar biasa yang sudah membentuk hidup kita.
Iklan
"Pertama sekali, kepada ibu tercinta saya yang telah menjadi kekuatan saya, kepada isteri Mew Choo yang menyokong saya melalui setiap cabaran-terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan kamu yang tidak berpenghujung.
"Saya juga ingin megambil momen ini untuk menghormati legenda sukan negara -Ikon seperti Datuk Nicol David, Nurul Huda Abdullah, Pandelela Rinong, G Shanti , Marina Chin, Shalin Zulkifli dan banyak lagi yang telah memberikan inspirasi.
"Kepada semua wanita di luar negara -sama ada anda seorang ibu, atlet mahupun pemimpin dan yang sedang berjuang, kekuatan, kecantikan, ketabahan dan sumbangan anda menjadikan dunia ini lebih baik.
"Pagi ini, suasana tenang menyelubungi rumah. Sarapan hampir siap, sementara si isteri sedang asyik dalam sesi yoga dan meditasi. Lagu-lagu yang menenangkan dipilih untuk menemani, menjadikan suasana damai dan menyegarkan jiwa.
"Tiba-tiba, Terrance terjaga dari tidurnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka TV dengan volume sekuat-kononnya mahu membangunkan seluruh kejiranan. Lebih parah, dia memilih lagu "Apatu Apatu", lalu mula menari mengikut rentaknya.
"Isteri kecewa. Nenek marah. Dengan nada tegas, nenek bersuara, "Woi budak! Tak tahu hormat mak ke? Nenek pun nak suasana aman!
"Terrance tersentak. Dengan rasa bersalah, dia segera menunduk dan memohon maaf. "Maafkan saya, nenek dan mommy. Saya tak sengaja menyinggung perasaan kalian."
Namun, nenek masih belum puas hati. "Apatah lagi hari ini Hari Wanita Antarabangsa, tahu?
"Tiba-tiba, suara Kingston menyampuk. "Terrance pun dah menyesal, dah minta maaf. Bukankah kita diajar tentang nilai toleransi juga?
"Nenek terdiam, memahami maksud kata-kata itu. Terrance belajar sesuatu, si isteri kembali tersenyum, dan suasana kembali harmoni.
"Tiba-tiba, si nakal ini mahu menjadi HERO pula.
Oh ya, tanpa "HER", HERO pun hanya tinggal "O" (Zero).
"Selamat Hari Wanita Antarabangsa!" katanya,
Must-Watch Video