Skip to main content

Badminton

Layak ke final tiga kali berturut-turut, ini senarai kemenangan Aaron Chia-Wooi Yik sepanjang karier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menonjolkan prestasi memukau dengan peningkatan ranking serta menampilkan permainan berkualiti dalam setiap kejohanan yang disertai. 

Sungguhpun berada di belakang Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Aaron Chia-Wooi Yik yang menduduki tempat ketiga dunia berazam mencapai terus memperbaharui rekod yang dicipta.

Terbaru, selepas menewaskan Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dari India, mereka hanya selangkah dari menamatkan badi kejuaraan hampir dua dekad di Terbuka Singapura!

Untuk rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut mereka berdua berjaya mara ke perlawanan akhir sejak Terbuka Thailand bulan lalu. 

Sepanjang karier, ini adalah final ke-12 buat wakil Malaysia itu. 

 

Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan mereka membawa pulang tiga gelaran:

1) Terbuka Denmark 2023
2) Masters Korea 2024
3) Terbuka Thailand 2025

Bagi kategori berpasukan, Aaron-Wooi Yik membantu negara memperoleh juara dalam:

1) Sukan Komanwel 2022 (Campuran)
2) Kejuaraan Berpasukan Asia 2022 (Pasukan lelaki)

Beregu nombor satu negara itu juga merangkul pingat emas Sukan SEA 2019, juara Asia 2025 dan dinobatkan juara Dunia 2022 di Tokyo, Jepun. 

Hanya masa yang menentukan untuk giliran mereka merasai detik kemenangan dalam Piala Sudirman dan Piala Thomas suatu hari nanti.

Tidak dilupakan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggenggam pingat gangsa Sukan Olimpik dua kali berturut-turut di Tokyo dan Paris. 
 

Advertisement

Must Watch Video