Pasangan beregu campuran negara, Lai Pei Jing dan Jimmy Wong terus menonjol dengan mempamerkan aksi terbaik mereka ketika ini.
Selepas muncul naib juara di Phuket dan Hanoi, kini mereka giat menjalani latihan rapi sebagai persiapan menghadapi cabaran di pentas Eropah untuk terus meningkatkan prestasi supaya mampu layak ke jelajah Jelajah Dunia BWF dalam kategori Super 100, 300 dan 500.
"Setakat ini saya berpuas hati tetapi hanya permulaan, nanti kami akan ke Eropah ada tiga kejohanan dan kami berharap boleh konsisten dengan prestasi dan raih gelaran di sana.
"Semua kejohanan agak jauh tetapi kami perlu pergi untuk mendapatkan mata bagi meningkatkan ranking, kami akan bertolak Isnin depan." kata Pei Jing.
Setakat ini, Pei Jing dan Jimmy berada di kedudukan ke-245 dunia, namun sasaran mereka jelas untuk menembusi kedudukan 32 terbaik dunia sebelum tirai kalendar 2025 dilabuhkan.
"Kami ingin beraksi dalam kejohanan yang besar secepat mungkin naik ke kedudukan 32, perancangan permainan berbeza kerana dalam beregu tidak perlu menyokong pasangan, tetapi beregu campuran berbeza." tambah Jimmy.