Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, hampir keseluruhan wang simpanan lesap


Jun 3, 2024 09:57 MYT
Pemain beregu profesional negara, Lai Pei Jing, menjadi mangsa sindiket penipuan.
Pemain berusia 31 tahun itu semalam menerusi media sosial berkongsikan insiden malang menimpa dirinya dan berharap ruang diberikan kepada dia bersama keluarga untuk bertenang.
“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan saya yang melihat siaran ini, sama ada anda ingin tahu atau prihatin, sila berikan saya dan keluarga saya ruang peribadi untuk menangani emosi kami.
“Tolong beri kami masa untuk memproses segala-galanya, terutamanya ibu saya. Terima kasih.
“Ya, saya telah ditipu hampir semua wang simpanan saya oleh kumpulan penipuan.
"Sejujurnya, ini merupakan tamparan yang amat berat kepada saya. Simpanan titik peluh saya hasil kerja keras selama berdekad-dekad.
“Ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk bercakap tentang ditipu kerana siapa yang mahu memberitahu orang lain bahawa mereka ditipu dengan sedemikian cara bukan?
"Apabila saya telah menyesuaikan diri dengan situasi itu, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya. Saya berharap dapat mengelakkan lebih ramai mangsa dan juga memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu," baca sebahagian daripada catatan bekas pemain kebangsaan itu.
#badminton #Lai Pei Jing
;