BADMINTON

Kunlavut Vitidsarn akui kecomelan pemain wanita Jepun, Chiharu Shida

Stadium Astro
Saufi Tahir
27/08/2024
04:39 MYT
Sponsor Banner
Kunlavut Vitidsarn akui kecomelan pemain wanita Jepun, Chiharu Shida
Pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn, memilih untuk beraksi bersama pemain beregu wanita Jepun, Chiharu Shida, sebagai gandingan pilihannya jika diberikan peluang.
Dalam satu wawancara yang tular, pemain berusia 23 tahun itu juga tidak menafikan kecomelan pemain Jepun itu menjadi faktor utama dia memilih Shida.
Ketika ditanya siapakah pemain wanita pilihan untuk beraksi bersama dia menjawab: "Shida kerana dia comel, sangat-sangat comel." katanya.
Untuk rekod, jaguh dunia 2023 itu -- genap setahun hari ini -- menewaskan wakil negara, Lee Zii Jia, dalam aksi separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 dan merangkul pingat perak apabila tewas kepada Viktor Axelsen dalam pentas final.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video