Skip to main content

Badminton

Kota Kinabalu dominasi Badminton Remaja Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imageedit_2_7938221957.jpg
Kota Kinabalu mendominasi Kejohanan Badminton Fleet Tertutup Remaja Sabah Siri 1 2018 di Keningau, baru-baru ini selepas memenangi lapan daripada 12 kategori dipertandingkan.

Demond Samin memulakan dominasi Kota Kinabalu apabila memenangi acara perseorangan lelaki B-16 selepas menewaskan pemain Tuaran, Mohd Hamizan Mozes, 15-21, 21-5, 21-15.

Pemain itu yang kemudian berpasangan dengan Naldo Fong unyuk sekali lagi muncul juara selepas menundukkan rakan sepasukan mereka, Kelvin Yong dan Nicholas Lee, bagi acara beregu B-16.
 
Bagi kategori wanita B-16, wakil Kota Kinabalu, Arena Satu Samin, turut cemerlang apabila muncul juara perseorangan perempuan selepas menewaskan pemain Sandakan, Wong Bin Jie, 21-11, 21-13.

Arena kemudian menambah kemenangan buat pasukannya apabila bergandingan dengan Velerry Yap untuk mengalahkan Annielysha Joy dan Fatin Anisah dari Keningau 21-11, 21-13 dalam final beregu perempuan B-16.

Kategori B-14 turut dikuasai pemain Kota Kinabalu dengan Hanz Haiqal menjuarai acara perseorangan lelaki sebelum memenangi acara beregu lelaki apabila bergandingan dengan Carlester Cleve.

Goh Shuen Tong kemudian terus menceriakan kem Kota Kinabalu apabila muncul juara acara perseorangan wanita menewaskan rakan sepasukannya, Melody Jin Ning, sebelum dua pemain itu mengungguli acara beregu perempuan dengan kemenangan terhadap Ellaine Wee dan Rabiatul Hidayah dalam final.

Dalam masa sama, pasukan Tuaran mendominasi kategori B-12 apabila memenangi kesemua acara yang dipertandingkan.

Seramai 379 pemain junior dari 21 daerah di seluruh Sabah menyertai kejohanan selama tiga hari itu.

 

Advertisement

Must Watch Video