Bekas beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, dilihat kembali bergandingan dalam gelanggang menerusi satu perlawanan pickleball di Setia Alam, baru-baru ini.
Boon Heong-Kien Keat yang pernah memegang rekod pemain nombor satu dunia itu terlibat dalam satu aksi mewakili pasukan badminton berdepan gandingan pemain profesional pickleball, Parris Todd- Hayden Patriquin.
Dalam satu video yang tular menyaksikan Boon Heong turut mempamerkan tekniknya dan mendapat sorakan puluhan penyokong yang menghadiri venue itu untuk melihat mereka beraksi.
Untuk rekod, beregu yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 itu mengakhiri kerjayanya selaku gandingan pemain badminton negara pada 2016 selepas kali terakhir digandingkan pada Terbuka Hong Kong 2016.
Malah, 18 tahun lalu turut menyaksikan mereka menjuarai Kejohanan Seluruh England edisi ke-114 sekali gus menjadikan mereka pasangan Malaysia ketujuh memenangi acara beregu lelaki All England sejak ia mula diperkenalkan pada 1899.

@jamieyeoh team badminton va team pickleball #fypmalaysia #pickleballMY @Franklin Pickleball @Franklin Malaysia @Parris Todd ♬ original sound - notjasonkai