Peminat masih perlu menunggu apabila masih belum ada keputusan muktamad daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkenaan isu kontrak Pearly Tan-M. Thinaah yang sudah berlanjutan terlalu lama.
Namun, Presiden BAM, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan bahawa perkara itu akan diselesaikan tidak lama lagi.
Bagi Tengku Zafrul, perbincangan mengenai isu kontrak mereka pada hari ini telah berlangsung dengan positif.
"Kami perlu mengadakan perbincangan dengan mereka secara adil.
"(Ia membabitkan) sumbangan mereka dan apa yang paling penting, apabila kami menilai seseorang itu tentulah ia melibatkan sasaran.
"Andai mereka meraih pencapaian lebih baik maka kami patut beri ganjaran lebih tinggi kepada mereka.
"Malah, mereka juga akan menerima sokongan dari banyak aspek dan memenangi kejohanan. Mereka perlukan keterjaminan terhadap sumbangan mereka," katanya selepas mesyuarat tadi.
Dalam sesi bertemu pemain, Tengku Zafrul memberi gambaran sudah ada perjanjian lisan di antara mereka dan keputusan itu akan dimuktamadkan sebelum saingan Terbuka Jepun di pertengahan bulan depan.