Jurulatih profesional negara, Chang Kim Wai, mengesahkan dia menerima tawaran daripada Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, selain sudahpun mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, mengenai kontrak bersama Akademi Badminton Malaysia pada awal November nanti.
"Saya bertemu Datuk Kenny mengadakan perbincangan, saya bersetuju dengan tawaran dia untuk menjadi pembantu jurulatih kepada Rexy.
"Saya pulang ke BAM kerana saya lihat beregu lelaku negara ada banyak potensi begitu juga pemain muda. Saya mahu belajar sesuatu daripada dia kerana saya lihat dia jurulatih baik untuk memajukan diri saya dalam badminton.
Kim wai turut berpendapat bahawa langkah ini diambil kerana mahu mengekalkan prestasi beregu terbaik yang Malaysia ada, selain memberikan fokus kepada sasaran emas pertama negara di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, serta Kejohanan Dunia dan Piala Thomas 2026.
"Malaysia sudah menantikan emas di Sukan Olimpik, saya akan cuba sedaya upaya lakukan terbaik untuk membantu." ujarnya.
Untuk rekod, Chang Kim Wai, pernah berkhidmat dengan BAM dari 2004 hingga 2017 sebagai jurulatih dalam skuad beregu negara sebelum berhenti dan meneruskan kariernya di akademi swasta serta meraih pengalaman luar negara.
Grab Sekarang

? Chang Kim Wai nak balik ke BAM bulan depan!
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) October 14, 2025
Boleh tak dia bantu naikkan lagi prestasi beregu lelaki negara macam dulu masa asah Chia–Soh? ??@ASTROARENA pic.twitter.com/ajGIGXxH9R
Kim wai turut berpendapat bahawa langkah ini diambil kerana mahu mengekalkan prestasi beregu terbaik yang Malaysia ada, selain memberikan fokus kepada sasaran emas pertama negara di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, serta Kejohanan Dunia dan Piala Thomas 2026.
"Malaysia sudah menantikan emas di Sukan Olimpik, saya akan cuba sedaya upaya lakukan terbaik untuk membantu." ujarnya.
Untuk rekod, Chang Kim Wai, pernah berkhidmat dengan BAM dari 2004 hingga 2017 sebagai jurulatih dalam skuad beregu negara sebelum berhenti dan meneruskan kariernya di akademi swasta serta meraih pengalaman luar negara.

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Decathlon ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.
Grab Sekarang