Di sebalik kemeriahan Kidslympic, rakan strategik, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menekankan satu mesej penting iaitu suri rumah turut dilindungi melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (Lindung Kasih).
Perlindungan ini bukan sahaja merangkumi kehidupan seharian tetapi juga aktiviti sukan dan riadah.
Ini bermakna, golongan suri rumah tidak perlu bimbang untuk turut aktif bersama anak-anak kerana jika berlaku kemalangan atau masalah kesihatan, PERKESO menjadi jaring keselamatan yang mengurangkan risiko dan bebanan.
Ia secara tidak langsung memberi jaminan untuk terus menyokong keluarga ke arah gaya hidup lebih aktif dan cergas.
"Skim ini sangat sesuai untuk Kidslympic kerana ia melindungi suri rumah ketika bersukan, di rumah dan di tempat kerja," kata pemilik pingat gangsa beregu campuran Sukan Olimpik Rio, Goh Liu Ying.