Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, enggan lagi dibayangi dua beregu utama negara dengan meletakkan sasaran tinggi untuk membawa pulang pingat dari Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland, Ogos ini.
Kian Meng dan Pei Jing kini semakin berkobar-kobar untuk menghadapi Kejohanan Dunia setelah ranking kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo mereka kini berada di tangga kelapan, mengatasi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan juga Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Walaupun sasaran pingat dalam Kejohanan Dunia itu dianggap keterlaluan, namun ia tidak mustahil dicapai dan ia bakal meletakkan mereka di landasan terbaik memandangkan persaingan cukup sengit antara barisan pemain negara untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan satu negara hanya diperuntukkan dua wakil sahaja.
Kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat daripada acara beregu campuran di pentas itu adalah pada edisi 2006 menerusi Koo Kien Keat-Wong Pei Tty di Madrid, Sepanyol.
"Saya akan berjuang untuk meraih pingat. Saya tidak mahu terlalu memberikan tekanan tetapi Sukan Olimpik bakal berlangsung tahun depan. Kami perlu mempamerkan persembahan terbaik sebagai penanda aras kemampuan kami," kata Kian Meng.
Kian Meng-Pei Jing bukan sahaja akan menjadikan tiga kejohanan bermula dengan Terbuka Indonesia, Thailand dan Jepun sebagai tempat mengukuhkan mata ranking ke Sukan Olimpik Tokyo, namun juga sebagai pemanas badan untuk saingan Kejohanan Dunia nanti.
"Tiga kejohanan yang bakal disertai akan membantu kami untuk mengutip mata ke Tokyo tetapi sasaran utama adalah bermain cemerlang dalam Kejohanan Dunia," katanya lagi.