Skip to main content

Badminton

Kes tikam pelajar sekolah: Tan Boon Heong turut beri penghormatan terakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tbh.jpg
Upacara perpisahan terakhir remaja yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya diselubungi perasaan hiba dan sedih ahli keluarga dan kenalan termasuk rakan sekolah dan guru yang hadir. 

Penghormatan penuh turut diberikan sebelum ke Shah Alam untuk proses pembakaran, semalam.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sempat menyantuni ahli keluarga sambil meletakkan jersi Team MAS yang merupakan pakaian rasmi atlet kebangsaan di tempat persemadiannya. 

Menurut Hannah, mendiang merupakan remaja yang suka bermain bola tampar.




Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong, turut menghadiahkan jambangan bunga sewaktu di Pusat Peringatan Nirvana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia mendedahkan bahawa mangsa iaitu Yap Shing Xuen merupakan antara pelajar akademi badminton kepunyaannya yang menyertai latihan sejak Julai lalu. 

Mendiang adalah pelajar berumur 16 tahun yang ditikam seorang pelajar lelaki dan sedang ditahan sehingga kini.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video