Badminton Asia (BA) dan Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik yang akan memperkukuhkan kerjasama mereka selama tiga tahun.
Kerjasama ini merangkumi promosi acara BA di platform rasmi ABU -- penganjuran kursus media dan penyiaran, program latihan serta pertukaran kepakaran industri.
"Kami berpeluang memperkenalkan kepada negara-negara yang kurang pengetahuan mengenai badminton, kami boleh perkenalkan badminton di negara ini.
"Kami berharap melalui proses ini, kita boleh betul-betul kata Asia adalah badminton, badminton adalah Asia," kata Setiausaha Agung BA, Datuk Kenny Goh.
Persefahaman ini juga dijangka meningkatkan profil akademik dan penyiaran BA sambil mengukuhkan jaringan media di rantau Asia Pasifik.
"Kami mempunyai banyak persatuan antarabangsa yang mampu menyumbangkan bahan (program).
"Ia percuma kepada semua ahli.
"Platform ini terbuka kepada mana-mana persatuan yang ingin menyumbangkan sebarang aktiviti kesukanan," kata Setiausaha Agung ABU, Ahmed Nadeem.