Datuk Lee Chong Wei tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila melihat Datuk Misbun Sidek kembali ke kem badminton negara, sekaligus bakal bertindak sebagai tunjang utama dalam kempen menghadapi Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.
Dalam menghadapi tekanan melakukan persiapan dalam tempoh singkat, Chogn Wei sedar seandainya mahu berdepan cabaran berliku, dia memerlukan khimat mentornya itu.
Chong Wei berasakan kombinasi Misbun dan seorang lagi jurulatih negara, Hendrawan, akan menawarkan perspekfit yang mampu membantunya mengharungi situasi genting.
"Ini kejohanan terbesar bagi saya tahun ini, jadi Misbun akan menyediakan apa yang perlu untuk saya sementara Hendrawan akan ikut saya ke Glasgow," kata Chong Wei.
Keputusan untuk tidak menyertai Siri Super Terbuka Australia minggu lalu memberikan Chong Wei ruang untuk bernafas.
"Kita boleh nampak China ada empat pemain perseorangan. Jadi, ia agak sukar untuk saya, berbeza ketika di Olimpik. Minggu ini saya telah memulakan sesi latihan bagi menghadapi Kejohanan Dunia," tambahnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, menegaskan badan induk ini tidak akan bertoleransi dengan sebarang kegagalan selepas ini.
Takdir pemain elit, pelapis dan bakat muda kini terletak dalam tangan mereka sama ada untuk berjaya sebagai pemain kebangsaan atau memberikan peluang kepada individu lain.
"Kita juga telah mengatakan kepada mereka dengan bermulanya sistem kejurulatihan baru ini, ia juga bakal menjadi permulaan dan juga mungkin pengakhiran karier mereka.
"Kami telah menyediakan fasiliti, malah jurulatih terbaik, maka tiada alasan untuk tidak meningkatkan permainan mereka," tegasnya.