Kejohanan Badminton Allianz Remaja mendapat sambutan yang semakin memberangsangkan dalam penganjuran kali kedua.
Pusingan grand final hasil pemain yang ditapis dari 10 negeri mencipta pertembungan menarik dalam edisi di Stadium Juara, Bukit Kiara, minggu ini.
"Tahun lalu kami mengadakan tujuh venue dengan 153 penyertaan dan tahun ini pula melibatkan 182 orang, begitu juga dengan penambahan peringkat pusingan daripada tujuh kepada 10," kata pengarah kejohanan, Akbar Ibrahim, hari ini.
Malah, kebanyakan pemain turut menyerlah kredibiliti tersendiri.
"Permainan kami bagus tapi tetap kalah.
"Kami langsung tidak gementar ketika beraksi malah sudah cukup bersedia tapi lawan yang dihadapi sangat kuat," kata pemain beregu lelaki B-15, Ifwat Sufi.
Saingan hari pertama membawa suasana yang cukup menarik menerusi saingan peringkat round robin, membabitkan tiga hingga empat pasukan dalam setiap kumpulan.
"Kami sudah lama berpasangan dan keserasian kami kami cukup baik jadi mudah untuk kami laksanakan strategi.
"Kalau menang esok, kami akan menduduki ranking nombor satu, " kata pemain beregu lelaki B-15, Aison Diong.
Shaiful Shamsudin
Fri Nov 17 2023
