Kemajuan prestasi Pearly-Thinaah, pemain muda agenda utama Rosman Razak
Saufi Tahir
November 5, 2024 17:51 MYT
November 5, 2024 17:51 MYT
Kepulangan Rosman Razak ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umpama "bagai sirih pulang ke gagang" serta dia merupakan figura tepat untuk meningkatkan prestasi beregu wanita negara selaku ketua jurulatih.
Hari pertamanya jelas membawa misi dan menyahut cabaran daripada pihak BAM sendiri untuk mencipta kejayaan besar buat beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M.Thinaah di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, selain membangunkan barisan pemain junior setaraf Pearly-Thinaah, berikutan mempunyai jurang yang ketara.
"Pada mulanya saya juga bermula dari BAM, apabila Rexy maklumkan cadangannya, saya jelas tertarik dengan misi dia. Saya rasa apa yang dia mahukan daripada saya turut mencabar.
WELCOME BACK, COACH ROSMAN ? The Badminton Association of Malaysia (BAM) is pleased to announce the return of Rosman Razak as Head Coach of the Women's Doubles department. Rosman, a seasoned doubles specialist with a wealth of experience, will resume his duties on 5 November… pic.twitter.com/yfSm7qNnhC
— BAM (@BA_Malaysia) October 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semestinya tidak boleh lari daripada misi Pearly-Thinaah di LA nanti, tetapi dia banyak tekankan untuk tingkatkan prestasi pemain muda kerana mempunyai jurang yang ketara.
"Saya rasa cabaran itu bukan mudah tetapi saya tertarik dengan harapan yang dia berikan kepada saya." katanya.
Tanggungjawab yang digalas Rosman kini sangat mencabar, namun dia berjanji untuk memberikan sepenuh jiwa dan raganya untuk membangunkan potensi yang ada dalam skuad beregu wanita negara.
Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak sedang menjalankan tugas pagi ini untuk melatih barisan pemain senior dan junior. Pearly-Thinaah juga jadi tumpuan kami apabila bersama-sama dalam latihan dengan Coach Rosman! Amazing! @ASTROARENA pic.twitter.com/smkVsT1FdQ
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) November 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Setiap perkara baru dan perubahan perlukan masa, saya tidak fikir ia akan mengambil masa yang cepat. Bukan pada mereka, saya juga. Perlukan masa tetapi tidak boleh terlalu lama, ia tugas saya untuk bagi mereka selesa dengan saya dan cepatkan proses itu. Semua perkara ketika ini dalam proses." tambahnya.