Kem Badminton Astro Kasih ESG: Struktur latihan bertaraf kebangsaan
Najmi Iman
Disember 16, 2024 19:07 MYT
Disember 16, 2024 19:07 MYT
Program Kem Badminton Astro Kasih ESG di bawah naungan kem jurulatih kebangsaan menunjukkan keberkesanannya menerusi kejayaan peserta yang meneruskan perjalanan sebagai wakil negara ke pentas antarabangsa.
Terbaru, bintang paling menyerlah ketika ini ialah beregu muda lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia di Nanxhang, China Oktober lalu.
"Lebih kurang sama, cuma di sini banyak mendedahkan berkenaan kemahiran dan taktikal," kata Kang Khai Xing.
Pemain perseorangan wanita negara, Siti Zulaikha Azmi, mengakui struktur penyediaan latihan program tersebut banyak membantu dirinya memperbaiki teknik terutamanya daripada segi ketahanan fizikal dalam gelanggang.
"Saya rasa prestasi saya semakin meningkat di samping jurulatih negara banyak membantu semua di sini," katanya di Nadi Arena.