Kem Badminton Astro Kasih ESG: Pemain cilik dari Sabah pasang impian besar
Ammar Hakim
September 20, 2024 18:12 MYT
September 20, 2024 18:12 MYT
Sebatang raket buat Mohd Ayyaz Azhary Azry, ada impian besar buat anak jati Sabah kelahiran Beaufort yang terbang ke semenanjung Malaysia buat kali pertama demi Kem Badminton Astro Kasih ESG.
Impian Ayyaz mahu jadi seperti Datuk Lee Chong Wei.
Jadi untuk sempurnakan impian itu, sebatang raket dengan harga RM800 jadi pertaruhan Ayyaz walaupun ia terlalu mahal untuk direalisasikan ayahnya Azry.
Ayyaz mahu mengubah nasib keluarga menerusi sukan yang diminatinya
Seramai 10 peserta dari Kem Badminton Astro Kasih ESG bakal diserapkan ke Akademi Badminton Malaysia di bawah kendalian badan induk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hujung tahun ini.
Daripada penyertaan seramai 62 pemain, enam wakil lelaki dan empat wakil wanita dipilih berdasarkan prestasi yang dinilai sepanjang kem berlangsung.
"Kami telah membuat inisiatif selama 12 tahun untuk memberikan peluang barisan pemain muda ini berlatih bersama jurulatih berpengalaman dan ia menjadi peluang buat mereka beraksi di peringkat yang lebih tinggi," kata Ketua Staf & ESG Astro, Foo Su Lynn.
#badminton
#sabah
#Lee Chong Wei
#Datuk Lee Chong Wei
#Astro Kasih
#Kem Badminton
#Astro Kasih ESG
#Kem Badminton Astro Kasih ESG