Skip to main content

Badminton

Kem Badminton Astro Kasih ESG: Meskipun tanpa ibu bapa, atlet cilik ini tetap bersemangat tinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astrokem.jpg
Sudah semestinya menjadi satu kebanggaan buat peserta yang terpilih dapat berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam Kem Badminton Astro Kasih ESG. 

Di sebalik pencapaian yang mengujakan itu, ibu bapa yang hadir turut meraikan kejayaan tersebut untuk melihat anak-anak mereka menampilkan persembahan cemerlang daripada hari pertama latiha.

"Saya bangga melihat anak saya berlatih sehingga ke hari ini atas usaha dan kegigihan diri dia sendiri. Saya berharap satu hari nanti dia dapat mewakili negara satu hari nanti," kata salah seorang ibu bapa, Cheoh Jin Jin.

"Saya mahu menjadi seorang juara," kata Jorus Lee Yi.

"ABM ialah tempat yang terbaik dalam negara ini," kata Suhaime Md Yusof. 

 

Sementara itu, tumpuan terarah kepada seorang peserta yang hadir tanpa ibu bapa bagi memenuhi impian bergelar atlet badminton negara pada masa depan.

Wishah Zahrah Zuyyin tidak patah semangat tatkala ibu bapanya tetap memberi sokongan dari Kota Kinabalu, Sabah.

"Walaupun tiada siapa di sini, Wishah akan berjuang habis-habisan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video