Ketua jurulatih perseorangan remaja wanita kebangsaan, Aaron Lee Inbaraj, komited dalam melahirkan pemain perseorangan wanita yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Walaupun berdepan cabaran, dia optimis untuk melihat daripada aspek positif dengan menerapkan identiti pemain yang berdikari sebagai tunjang utama yang perlu ada dalam diri seseorang pemain wanita dengan pengalamannya yang pernah berkelana di Ecuado dan Peru.
"Kami tidak mempunyai pemain wanita yang baik sejak Goh Jin Wei, ini adalah tugas yang sukar dan saya ingin mengambil cabaran ini dalam melahirkan pemain perseorangan wanita yang baik buat Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
"Saya mahu mengajar mereka cara untuk menjadi pemain yang berdikari serta menjadi pemain yang berfikiran jauh, saya percaya kefahaman mampu mencipta pemain yang berdikari," katanya.
Dalam pada itu, peserta, Nur Khalishah Abdul Razak, mengakui kem badminton Astro banyak memberikan pelajaran penting buat dirinya dalam kancah sukan badminton sepanjang menyertai program ini dengan bantuan daripada jurulatih berpengalaman negara.
"Jurulatih kadang-kadang garang dan baik, sedikit penat. Terima kasih kem badminton Astro kerana membantu saya menjadi lebih baik. tambah.
Saufi Tahir
Fri Dec 20 2024