Keputusan gandingan semula beregu campuran di ranking keempat dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mendapat sambutan positif daripada kalangan peminat tempatan.
Jurulatih skuad kebangsaan, Nova Widianto, bagaimanapun enggan meletakkan sebarang ketetapan untuk pasangan tersebut sama ada terus kekal atau dipisahkan semula pada masa hadapan.
Malah, keputusan tersebut wajar diberikan sepenuhnya kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mencorak haluan masing-masing.
Ketika ditanya mengenai komplikasi yang berkemungkinan menjejaskan prestasi, Nova Widianto menafikan perkara tersebut sambil menyifatkan pasangan itu sudah tampil dengan latihan yang meyakinkan.
Tambahnya, tiada tekanan diberikan kepada mereka meskipun tersenarai dalam Program Road To Gold (RTG) yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), baru-baru ini.
"Masalah sudah berhasil mengatasi perkara itu. Saya juga menurut sahaja keputusan itu.
"Saya berpesan supaya segala perancangan harus dirangka oleh kalian dan bukannya mengikut kemahuan kami.
"Setakat ini, perkembangan semakin baik kerana mereka tahu di mana kesilapan yang berlaku," katanya di Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Naib juara Badminton Final Jelajah Dunia BWF itu akan beraksi bersama dalam Terbuka Singapura yang dijadualkan berlangsung Mei depan.

Good sign for RTG apabila Tang Jie- Ee Wei disahkan jurulatih Beregu Campuran, Nova Widianto kembali digandingkan bermula dari Terbuka Singapura.
— Faizal Bazari (@faizalbazario) April 17, 2025
Menurut Nova , apa saja keputusan selepas ini its up to players dan enggan masuk campur ttg keputusan mereka slps ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/ZAv9YSOQ8v