Malaysia dijangka berdepan laluan sukar dalam acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia 2019 di Suzhou, China, minggu depan, selepas diundi dalam Kumpulan A bersama-sama naib juara 2017, Indonesia, dan naib johan 2018, Jepun.
Menurut laman sesawang Konfederasi Badminton Asia (BAC); www.badmintonasia.org, juara bertahan, China selaku tuan rumah yang memburu gelaran kesembilan dalam acara berpasukan campuran, berada selesa dalam Kumpulan D bersama dua pasukan kerdil, iaitu Singapura dan Nepal
Juara dua kali, Korea Selatan, dijadualkan melangkah ke suku akhir dengan mudah selepas diundi di samping India, Mongolia dan Macau dalam Kumpulan C manakala empat pasukan -- Thailand, Taiwan, Hong Kong dan Sri Lanka -- akan bersaing dalam Kumpulan B.
Acara berpasukan akan berlangsung dari 20 hingga 23 Julai, diikuti acara individu dalam lima kategori; perseorangan remaja lelaki dan perempuan, beregu remaja lelaki dan perempuan, serta beregu campuran, dari 24 hingga 28 Julai.
Untuk rekod, Malaysia telah memenangi acara beregu campuran sebanyak dua kali pada 2007 dan 2009, selain tiga kali muncul naib juara pada 2006, 2010 dan 2011.
-- BERNAMA