Jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong, sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan ketika menjuarai Kejohanan Olahraga Malaysia di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar sebentar tadi.
Atlet berusia 25 tahun itu muncul juara selepas melakukan balingan sejauh 63.53 meter.
Ia sekali gus mengatasi rekod lama, 62.48 meter, yang dilakukannya dalam Kejohanan Grand Prix Malaysia di Bukit Jalil pada 2021.
Dalam pada itu, Zahra Tatar (61.37m) dari Algeria muncul pemenang tempat kedua manakala Park Seo-jin (59.31m) dari Korea Selatan ketiga.