Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Tan Wee Kiong ada nasihat berguna buat pemain negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tan-wee-kiong.jpg
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Tan Wee Kiong, menitipkan nasihat berguna buat skuad badminton negara yang akan berjuang di pentas Kejohanan Dunia BWF di Paris dari 25 hingga 31 Ogos ini.

Wee Kiong, yang muncul naib juara acara beregu lelaki Rio 2016 bersama Goh V Shem, menegaskan semangat kemerdekaan dan cintakan negara perlu ditanam dalam diri setiap pemain agar ada wakil negara yang layak ke penentuan gelaran. 

"Bagi saya ada dua situasi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Buat pemain beregu seperti Arif (Junaidi) dan (Yap) Roy King, mereka akan melakukan penampilan pertama, jadi mereka punya rasa dan idea mungkin berbeza berbanding Aaron (Chia)-(Soh) Wooi Yik, atau Ah Fei (Goh Sze Fei)-Addin (Nur Izzuddin Rumsani).

"Bagi beregu junior seperti mereka, hanya perlu menikmati permainan dengan sikap yang positif dalam menghadapi setiap perlawanan.

"Bagi senior pula, mereka sudah tahu keadaannya dan tahu bagaimana untuk menanganinya, cuma perlu fokus.

"31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan, jadi saya harap mereka akan dapat ke final untuk membanggakan Malaysia," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video