Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Soon Huat-Shevon Lai mahu sumbang pingat sempena Hari Kemerdekaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bad.jpg
Penampilan kali keenam pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dalam Kejohanan Dunia BWF terbukti bermakna apabila mereka mencatatkan pencapaian terbaik dengan mara ke suku akhir dalam 2022. 

Kejayaan itu sekali gus menjadi titik tolak buat pasangan senior veteran negara untuk terus melakar detik gemilang di pentas dunia. 

"Kami berasa teruja dapat menyertai sekali lagi pada tahun ini, kami tidak menjangkakan dapat pergi sejauh ini dalam karier kami kerana faktor usia dan kecederaan.

"Kami berasa bangga dan mahu menikmati permainan di sini. Dengan Hari Kemerdekaan Malaysia akan tiba nanti, kami berharap dapat menyumbangkan sesuatu kembali buat negara." kata Shevon Lai.

Lebih manis, sasaran meraih pingat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini menjadi impian nyata buat pasangan suami-isteri berwibawa ini. 

"Satu penghormatan mewakili Malaysia dan berjuang untuk negara, kami tidak menyerah kalah dan berjuang hingga dapat pingat untuk negara." tambah Soon Huat.

 

Advertisement

Must Watch Video