Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berpendapat kemenangan selaku juara dunia 2025 kategori beregu campuran pada Ahad membuatkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya menolak perspektif negatif terhadap mereka susulan isu sebelum ini.
Siapa sangka, perpisahan enam bulan lalu dibalas dengan kejayaan membanggakan selepas kembali bergandingan merangkul Kejohanan Dunia BWF menggegarkan bumi Perancis.
"Toh Ee Wei dan Tang Jie boleh menampilkan permainan yang dasyat.
"Mereka seperti orang Indonesia cakap 'membungkam satu pandangan buruk' tentang persahabatan mereka sebelum ini.
"Semalam, mereka menunjukkan satu pencapaian hebat di samping melalui banyak isu yang dihadapi.
"Satu perkara manis yang boleh disambut bersama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Selain itu, prestasi menakjubkan turut dipamerkan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, namun rexy menegaskan mereka perlu meningkat usaha berlipat kali ganda untuk kembali bangkit selepas tewas lima kali berturut-turut kepada wakil China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, termasuk di pentas akhir kejohanan berprestij semalam.
"Saya sangat menghormati perjuangan mereka.
"Tetapi, mereka harus lebih baik lagi menentang China pada masa akan datang," tambahnya.