Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan, bertekad untuk mencipta sejarah tersendiri bersama pasangannya, M. Thinaah, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.
Pearly mengakui masih dihantui kekalahan kepada gandingan China, Zhan Shu Xian-Zheng Yu, dalam dalam suku akhir edisi di Copenhagen, Denmark pada 2023 meskipun sudah mendahului lawan.
Berbekalkan kedudukan di ranking kedua dunia, Pearly melihat peluang cerah untuk dia menghadiahkan kejuaraan sulung buat bahagian beregu wanita dalam kejohanan itu menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
"Saya masih belum ada memori terindah sebab belum pernah dapat pingat (dalam Kejohanan Dunia), jadi cuma ada kisah sedih," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Apa yang saya tidak boleh lupa, pada 2023, kami sudah mendahului dalam suku akhir tetapi kembali dipintas, jadi saya memang tidak boleh lupakannya.
"Saya tidak akan membawa ingatan itu ke dalam gelanggang, cuma akan membawa pengalaman itu untuk digunakan pada masa akan datang.
"Memang momen itu meninggalkan kesan, bukan hanya dalam Kejohanan Dunia tetapi setiap kejohanan yang kami sertai.
"Kami menggunakannya sebagai motivasi dan berharap ia tidak berulang."