Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Kini kami lebih matang -- Soh Wooi Yik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron.jpg
Bekas juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jelas menyatakan misi dan motivasi tinggi untuk kembali cemerlang dalam Kejohanan Dunia BWF kali ini.

Aaron mengakui kehadiran jurulatih, Herry Iman Piergardi, banyak membantu dengan sentuhan magis serta nasihat yang diperlukan, khususnya dalam menghadapi detik genting dan ketika penentuan mata akhir.

Sementara itu, Wooi Yik pula menegaskan tempoh tiga tahun lalu telah banyak mematangkan mereka untuk menjadi jagoan dunia.

"Sebelum ini kami bergelut dengan melakukan 'unforced error' ketika waktu yang sukar kerana gementar, dan sekarang kami sudah memperbaiki sejak kehadiran jurulatih baru.

"Dia memberikan kami banyak pengalaman cara mengatasi detik yang sukar itu," kata Aaron.

"Ketika suasana yang sukar dan bagaimana cara kami mengawal emosi ketika berada di dalam gelanggang serta cara berkomunikasi antara satu sama lain terutama ketika tidak mahu bercakap. Itu detik yang sukar buat gandingan beregu.

"Kami menjadi lebih matang selepas tiga tahun sebelum ini, kami semakin kuat sekarang dan perlu terus konsisten." tambah Wooi Yik.

Begitupun, wakil negara di ranking kedua dunia itu sedar cabaran besar menanti mereka khususnya jika bertemu beregu handalan dari china, Liang Wei Keng dan Wang Chang, serta pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Sung Jae.

"Lawan yang mencabar adalah dari China iaitu Liang Wei dan Kim (Won Ho), mereka boleh menjadi cabaran berat buat kami." ujar Aaron.
Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video