Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Kekal fokus, konsisten keutamaan Tang Jie-Ee Wei di Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tangjie.jpg
Selepas kegagalan mara ke pusingan separuh akhir Sukan Olimpik Paris di gelanggang yang sama, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menjadikan kejohanan kali ini sebagai misi besar untuk menebus maruah beregu campuran terbaik negara.

Walaupun pernah dilanda isu dalaman, pasangan ini dilihat kini pulih sepenuhnya menjelang aksi di bumi Paris esok.

Penampilan kali kedua di pentas dunia itu menuntut Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi terbaik mereka dengan pendekatan mengurangkan unforced errors sebagai keutamaan.

"Motivasi untuk mencipta kejayaan dengan gandingan menjadi perkara yang kami perlu cipta.

"Kejohanan Dunia merupakan kejohanan besar dan semua pemain mahukan pingat, bagi kami juga sama dan kami perlu fokus dan beraksi dengan baik di dalam gelanggang." kata Tang Jie.

Mereka juga percaya langkah demi langkah dan semangat tidak mengalah menjadi objektif utama, dalam misi memburu pingat untuk negara.

"Saya rasa konsistensi kami di atas gelanggang perlu diperbaiki kerana jaguh dunia tidak melakukan kesilapan dengan mudah. Kami perlu fokus setiap perlawanan." tambah Ee Wei.
Badminton

Kuasa & Kawalan Sempurna

Kalau nak smash lebih bertenaga atau kawal rally lebih lama, mulakan dengan raket yang sesuai.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video