Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Justin Hoh buat Antonsen 'berkicap'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

justin-hoh-antonsen.jpg
Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, memberikan Anders Antonsen perlawanan kompetitif menjelang Kejohanan Dunia di Paris bermula Isnin.

Kem perseorangan negara kini berada di Copenhagen, Denmark untuk berlatih bersama wakil negara itu yang akan bersaing dalam Kejohanan Dunia.

Latihan yang diatur oleh jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen, itu memberikan pengalaman berharga buat barisan peseorangan negara

Justin, misalnya, sangat mengagumkan dalam perlawanan persahabatan menentang pemain nombor dua dunia itu.

Antonsen, dalam satu kiriman media sosial, menyiarkan klip video di mana kedua-dua perseorangan lelaki itu terikat 10-10 dalam set ketiga. 

Tonggak Denmark itu akhirnya memenangi mata berkenaan selepas Justin melakukan drop-shot silang ke arah jaring.

Apa pun, terdapat tanda-tanda menggalakkan daripada pemain berusia 21 tahun itu, yang baru-baru ini mara ke final Terbuka Macau.

Justin kelihatan lebih bersabar dalam rali berbanding sebelum ini, di mana dia kebiasaannya akan melancarkan serangan jika lawan menghantar pukulan tinggi.

Selain Justin, Leong Jun Hao juga sedang berlatih bersama pasukan Denmark ketika ini.

Video:
 

Advertisement

Must Watch Video